Friday, June 19, 2009

bad day

salam...

ini celita semalam punya celita...semalam aku bz..so aku publishkan ari nie ..

semalam;

bangun lambat..rushing....dengan nak sipakan makanan baby firas..aku dah lambat wooo

bawak keta aku xtahulah laju ke tak..tapi aku tak sengaja melanggar burung yang sedang terbang rendah....burung terkena bumper kereta aku..aku xberhenti pun keta..


naik tok...dari bukit tambun ke Jawi...sampai plaza tol..nak bayar..tiket hilang....puas aku cari..kereta belakang dah bunyikan hon..aku bagitau kat jurutol tue tiket hilang..dia kata kalau hilang kena 14.50..asalnyer bayaran tol aku hanya 1.90 jek xkan aku nak bayar 14.50.....

juru tol tue kata ..xper kak..cari dulu..pelaan2 jangan kelam kabut....aku kata mcm maner xkelam kabut..kereta belakang bunyi hon..pastue dia swuh ader mat bangla bagitau kat driver belakang swuh undur pi bayar kat kaunter lain....

last2 jumpa jugak...dekat 10 minit jugak lah..hampa tau tang mana...belakang purse aku....

sampai ofis..fuh lega..

lepas nie aku rasanyer nak tampal jek tiket tol tue kat dahi aku...senang....

Thursday, June 04, 2009

tue..chakkk

salam untuk semua


dah seminggu berlalu..cepatnyer masa berlalu..tanpa kita sedari kita semakin dewasa dan tua ....he he he..dah lama dah aku tak berblog..tapi aku tetap menjenguk blog kengkawan..kadang-kdang kalau rajin aku tinggalkan komen..kalau malas..aku jadik silent reader jek..yang penting perkembangan semasa kengkawan aku tahu kan...kan...kan...


adik aku dah nekadkan keputusan untuk stay di matrik walaupun katanyer akdang-kdang teringat-ingat jugak tentang USIM tue kan..

kak long aku plak dah pregannt 3 bulan..jadik hujung tahun nie Hajjah Romlah akan menimang cucu lagi yang kedua...

aku? bila nak tambah..nantilah dulu..baby firas pun dah semakin membesar dah pandai merangkak dan *meragas* (betul ke ayat nie..xpaham sila bukak kamus)...dah 8 bulan lebih dah...dah ada sorang nie pun hidup aku kelam kabut..tak tahulah kalau anak 2 3 nanti nak manage mcm maner...huhuhu...

minggu lepas aku balik alor star..minggu nie sibuk nak attend wedding..maklumlah...cuti sekolah nie kan..aku kena balik kg kerap kali nie sebab tok kedah dia asyik rindu kat baby firas jek, balik minggu lepas, lepaslah rindu dendam tok dia kat baby firas...dan aku bleh rehat..sepuas-puasnyer sebab ramai yang nak mengasuh baby firas..huhuhu

Wednesday, May 20, 2009

antara matriks ngan usim

salam

alahai sian kat adik bongsu aku....kadang-kdang aku pk pandai sangat pun susah..dapat banyak offer pun susah kan...huhuhu.....


adik aku ni spm ari tue dapat 8A, dan diantara kami dialah yang paling pandai..aku pun pandai gak..tapi dia yang lebih pandai...hehehehheh...dia aliran sains tulen..so biologi dia A1..aku kata teruskan lah nagn cita-cita dia nak jadi doktor tue....

masalahnyer sekarang dia dok pening...matriks..dia dapat aliran sains...dan di USIM dia dapat offer syariah dan undang-undang.....

pendapat aku : bek pi matriks sayanglah apa yang dia balaj..kalau dia tak teruskan..tapi dia kata di USIM nanti bleh tukar kos...aku kata kalau bleh..kalau xbleh..mcm manee...

hati dia berat pi USIM, sebab katanya lebih terjamin dapat masuk U dari matriks yan kena pulun sikit..ntahlah..sekarang dia dah daftar matrik dan dia dok merungut kat aku yang matrik tak best dan nak pi USIM..aku xmau dah kata apa..bukan apa xmau la satgi dia kata aku yang paksa dia plak..so kengkawan mcm mana nak settle yang nieee

Friday, May 15, 2009

sibuk lagik

salam

i'm still bz..bz ngan rutin harian, bz nagn keje..so..nanti-nanti jelah ek blog nie aku update....

Monday, April 27, 2009

hmmmmm..........

salam untuk semua...

wah isnin...pesta buku baru berakhir..huhu..aku sibuk la lepas nie..so..xbleh nak jenjalan blog kengkawan la lepas nie....alamatnyer lambat lagi baru nak update blog nie..tapi akan ku menyelit jugak dalam kebzian ini agar aku dapat menyibuk meninggalkan jejak di blog kengkawan..so...
jangan rindu aku tau...huhuhu.....

Friday, April 24, 2009

thanks my dear

salam pagi jumaat...
perkahwinan adalah sebuah komitmen...yer ker...sorilah kalau silap tafsiran lantaran usia perkahwinan yang masih setahun jagung....komitmen untuk setia pada seseorang jek seumur hidup anda...
dulu sebelum berkahwin dan berjumpa ngn en hubby, aku pernah bertanya pada diriku sendiri adakah aku sanggup untuk menghabiskan seumur hidup aku dengan seorang lelaki..menumpahkan taat setia, kasih sayang dan segala-galanya untuk rumah tangga yang bakal dibina.....
bila aku berjumpa dengan en. hubby, berkawan dan mengenali hati budi, aku masih lagi tak pasti dan tertanya-tanya adakah aku akan behagia bersama dia atau adakah org lain lagi yang mampu membahagiakan aku lebih dari dia pernah membahagiakan aku...
dan bila aku hampir-hampir dijodohkan dengan org lain..aku melihat kesugguhanya untuk memiliki aku, dan disitu aku betul-betul pasti dialah org yang aku mahu menghabiskan seumur hidup aku denganya, berbakti denganya, dan mengharungi segala dugaan dan cabaran hidup ini denganya...
thanks my dear sebab buat aku gembira..
p/s: sorilah entri kali ni jiwang karat sikit.....huhuhu

Thursday, April 23, 2009

cinta dan perkahwinan

sebenarnyer xder apa nak dijadikan entri..so...renung..renungkanlah entri niee yer ...
(kredit untuk secretboutique..sebab copy dri blognya)
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan....?
guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... tamat....
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya.. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
 
Header Image by Colorpiano Illustration