Tuesday, November 01, 2011

fayyadh ishraf


Salam. Ini my second child, fayyadh isyraf. Dah nak masuk 7bulan, depa kata mukanya sama sejibik mcm aku. Eloklah kalau anak lelaki ikut muka mak, sejuk.hu hu hu

Friday, October 21, 2011

Ditinggalkan

Salam,
wah tajuk entri nie sangat meruntun kalbu..masih membiasakan jari jemari kecil molek nie(Sgt perasan) menaip di touch skrin. En hubby telah ke outstation hujung minggu nie ke kay ell(outstation di hujung minggu kena jadi detektif conan nie) hu hu hu. En hubby kata ada pertandingan menembak, mulanya dia berat nak pergi ,katanya dia kesian nak tinggalkan dengan 2orrg putera tue. Tapi nak wat mcm mana terpaksa dia pergi jugak. Yer ker ntah- ntah seronok nak pergi kan saja ja nak pujuk hati aku kan kan kan..nak pergi mana hujung minggu nie yerk, duk umah jeklah..barang mkn dah beli alamatnyer 2 hari nie berkelahi dgn firas jeklah. Mode tension kembali lagik hu hu hu.

Thursday, October 13, 2011

menyampah

Salam
sebenarnya aku nak wat entry len,aku tak tau aku ker yang tidak cerdik nsk gina tab nie ataupyn memang tab nie yang bengong kan hu hu hu, bleh salahkan gadjet nie tak? Aku try nak upload pic ank aku si fayyadh, dah berhari aku nak upload guna tab nie x bleh langsung. Tetiba rasa menyampah plak guna teknologi nie. Menyampah konon, hang tue yang x reti ha ha ha

Saturday, October 08, 2011

bajet 2012

salam

aku pun nak komen pasal belanjawan 2012.. yerlah macmlah aku nie pakar ekonomi yerk..sesuka ati aku jek komen pasal bajet..xder pekdahnyer kan..hu hu hu.oleh kerana aku juga penjawat awam..jadik aku terasa la jugak tempias bajet nie kan kan kan..w/pun cuepacs minta tak dapat..bersyukurla yang PM bagi setengah bulan gaji pun dan kenaikan gaji tahunan..w/pun xbanyak bezanya tapi aku bersyukur atleast ada daripada xder kan..kalau PM nak bagi apa yang cuepacs minta tentu melibatkan perbelanjaan yang banyak..so pandai-pandailah berjimat..ceewah...macamlah hang xlupa diri bila bleh shoping..jgn tiru aku tau, aku nie beringat bila dah xder duit..bila ada...xberingat pun..hu hu hu..sudahlah pepagi buta aku menulis nie sarapan pun xbuat lagik...nie yang nak request bibik dari suami nie he he he....sudah pegi buat keje rumah plak..

Friday, October 07, 2011

bila fayyadh jadi nurfayyad

Salam
nie gara-gara aku tertinggal baju anak aku. Entah mcm mana hari rabu hari tu aku kelam kabut kerana terlewat,x perasan plak xbawa masuk baju anak-ank dlm raga,samapai taska baru teringat, sudahnya xkkan aku nak patah balik amik baju. Nasibla malam tue hubby baru beli baju firas 2pasang jadi firas punya baju settle lah, bgitau kat pengasuh yg tertinggal baju, dia kta xpe,ada bju baby spare..dia pun xperasan baju spare tue baju girl,alamatnyer anak aku kenalah jugak pkai baju girl.uisk,kekeliruan identiti nie..sudahnyer jadi nurfayyadh le kejap anak lelaki mama nie,maafkan mama yerk,lenkali ma janji xbuat dah hu huhu,kesian fayyadh

Saturday, September 24, 2011

stress

salam...

aku memang tengah stress..
stress bila aku cakap dengan firas, dia buat x reti jek
stress bila aku cakap dengan firas, jgn bising, baby nak tido lagi dia nak buat bising.
stress bila nak sangat kemas rumah tapi xlarat sangat.
stress bila anak kecik tido xsampai setengah jam...
stress bila nampak diri dalam cermin makin gumuk...hu hu hu

ha aku memang tengah stress...jawabnyer..isnin nie skolah cuti peristiwa...wajib kuar jenjalan tinggalkan kejap anak dengan pengasuh...aku nak pi shoping hilangkan stress....dahlah aku dah stress nak menaip nie....

Wednesday, September 21, 2011

hepi besday my boy

Salam
hepi besday utk firas isyraq yg ke 3 tahun,anakku yang sulung,aku xpenah buat entry special utk anakku yang sulunng ini,sedar x sedar dah 3 tahun berlalu,masih lagi segar dlm ingatan aku, kronologi kisah kelahiran firas,dari aku yang xisahkan mengandung hinggalah menahan sakit sehinng 10 jam berada dalam labour room..Dan sehingga lah aku menatap dan bertentang mata denganya buat kali pertama,.masa tu tuhan aje yang tahu dan kini alhamdulillah dia dah berusia tiga tahun.
Assalamualaikum
Firas,anakku
untuk ulang tahun yng ke 3 nie,mama mengharapkan agar anak mama nie sentiasa dilindungi oleh ALLAH. Semoga anak mama yng srntiasa mama sayang nie agar sentiasa sihat sejahtera.
Firas anak mama.
Setiap kali memandang wajah mu ada satu terbit rasa kekesalan mama,maafkan mama kerana xdapat menyusukanmu secara ekslusif, mama ingin berbuat begitu sangat hendak berbuat begitu tetapi mama tiada pengetahuan, xtahu bagaimana,maafkan mama yerk..maafkan mama sebab tidak kuat waktu itu..
Firas anak mama,
untuk ulang tahun yang ke 3 nie,mama mengharapkan agar anak mama membesar menjadi org yg berguna
kepada agama,bangsa dan negara.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN

Yang ikhlas,
mama

Monday, September 12, 2011

dah habis raya,

Salam pada semua,
dah habis posa,tibalah masa utk berhari raya,
raya utk tahun 2011 nie,aku beraya di bagan serai..raya ketiga baru balek alor star.
Dah berempat raya nie,alhamdulillah dipanjanglan usia utk menjalani dah menghabiskan
bulan puasa tahun nie. Ada rezeki insya allah,tahun depan,umo panjang kita jumpa lagik.
Susah betul nak update blog guna galaxy tab nie,slslu guna laptop,hu hu. Nie pun en hubby punya,
besalah berlagak guna harta suami ha ha ha.

Ok lah lenkali sambung citer,aku dah x larat nak menaip gunaskrin sentuh nie,hu hu hu.

Thursday, July 28, 2011

stresss

salam...

mempunyai 2 org putera memang mengalutkan hidup aku sebentar...jadual aku memang pack dan kelam kabut...dari pukul 5.00 pagi hingga 12.30 tgh malam....fuh memang mencabar..aku masih lagi mencari sedikit waktu untuk diri sendiri...kadang-kadang solat pun dah kelam kabut..
tambahan pula aku fully breatfeeding yang sekecil nie..lagilah aku kena kuatkan semangat...alhamdulillah...walaupun stok susu aku ibarat pam ari nie untuk esok..x pam..xderlah susu untuk esok..aku tetapkan kuatkan semangat..semoga aku dapat breastfeeding fayyadh sehingga umo dia 2 tahun....insya allah...aku kena kuat dan sihat untuk menjaga mereka....he he he..ok shikin...caiyok..chaiyok...

Monday, July 25, 2011

wah..dah lamanyerrrrr

salam semuaaaaaa

dah lama xupdate blog...sejak setahun yang lalu...wah 2010 satu entry...2011 satu entry...ye ke mcm tue....cukuplah sekadar nak bagitau..aku masih ada disini....dan tetap disini...sibuk menguruskan 2 org putera....yerk la...the second child also a boy..and kena operate jugak....masalah..jantung baby dah xkuat dan doktor xmau mengambil sebarang risiko kalau menunggu...so pasrah jeklah....dalam hati aku mengumam jugak...a'ah xbleh merasa bersalin normal..adakah aku nie wanita sejati....?????? hu hu hu.....

menguruskan dua anak memang mencabar...dan untuk second child aku buat keputusan untuk fully breastfeeding....bila aku nyatakan ini kepada doktor ada nurse ni (dia memang kenal aku) tanya nak berhenti keje ke? aku tanya balik kenapa? dia kata sebab aku kata nak fully breastfeeding...dia kan nurse...xkkan dia xdiajar tentang fully breastfeeding semasa kembali keje ...confius sekejap...sepatutnya dia lebih arif kan kan....tinggalkan nurse tue sekejap...second child aku nie..namanya Fayyadh Isyhraf..komen daripada kedua dua atuk dan opah...amboi...payahnyer nak sebut......sebut betul...betuk tau...

ok...sampai jupa lagik ekkkk
 
Header Image by Colorpiano Illustration