Monday, April 28, 2008

duit

salam....

bulan may nie nanti,aku rasa bula yang paling lambat nak habis aku rasakan...mula roadtax keta aku mampus.....24.04.08...kena dalam empat ratus lebih....pastu tayar depan keta nak kena tukar seba dah hampir botak...ada la dalam seratus lebih.....dah dekat enam ratus...wa...terpaksalah aku pendamkan hasrat aku nak beli kasut baru.,..duit roadtax pun nie nasib bek hubby tolong settlekan.....kalau tak...tak berroadtax la keta aku nampaknya....

Wednesday, April 16, 2008

renungan

disini aku ader citer...yang mungkin kawan-kawan dapat jadikan pengajaran.......baca yer

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.


"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."


"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."


"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."


"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



Wednesday, April 02, 2008

takziah buat kawan

salam...

kali ini xde aper aku nak cuter..cuma nak ucapkan takziah pada sahabat aku..niza..dia keguguran setelah mengandung 3 bulan....sekarang nie dia pantang kat kg...jgn sedih2 tau niza..insya allah ader rezeki nanti,bleh mengandung len yer....aku doakan hang agar cepat sembuh....

Monday, March 31, 2008

entry sedih waaaaa.......

salam................

hari ini...aku nak citer tntang entry sedih plak...semalam aku balik umah mak mentua aku....yelah ahri sabtu aku kena gi kursus marketing and husband aku pun keje ari sabtu...so,we decided nak balik kampung ari ahad...ptg la jugak kami sampai....xsempat aku nak naik umah,adik ipar aku,siti menyampaikan berita sedih nie....black mati..wa..wa....wa...wa....kucing mak mentua aku dah mati....aku pun xpasti sebab apa....husband aku kata mungkin kena patuk ular...aku selalu main nagn kucing tue.....black nie berlagak skit....nak tidur,atas riba orang,atas permaidani,pendek kata tempat yang selesa la....mak mentua aku memang suka bela kucing.....ada dua ekor kucing kat umahnya..tapi dah tinggai sekor...black nie lahir,sebelum aku kahwin ngan husband aku lagi,kira2 dekat nak kenduri dia pun lahir....tue yang aku sayang sanagt...sebab aku yang jaga dia waktu dia sakit....wa..wa....masa mak metua aku gi mekah pun,aku yang selalu bagi makan dia...tapi dia dah xde.....black selamat dikebumikan di bawah pokok kekabu sebelah umah mak mentua aku.......

Wednesday, March 26, 2008

BANJIR

salam.....

entry kali ini nak citer tntang banjir....umah mak mentua aku telah dinaiki air 2 hari yang lalu....actually,aku xpenah merasa banjir kat umah mak aku sebab,umah mak aku xpenah banjir...so..tgk jelah dalam tv..bila kawin nagn hubby aku nie..umah dia memang dah biasa banjir...kali pertama aku merasa naik sampan dalm banjir,tahun lepas..sebulan selepas kawin,masa tue excited sangat...yelah tak penah redah ayaq kan... :)...jadi over la sket kan...nanti aku balik umah mak mentua aku, aku post kan gambar ketika banjir..tapi yang bestnyer banjir umah mak mentua aku,air nya xkotor..jernih jek..tue yang bestnyer..hubby aku siap bleh bleh basuh keta lagi guna air tue..aku bleh tangkap anak ikan haruan lagi.......tapi yang teruknyer masa musim banjir nie..lepas nie kena bersihkan umah...tapi yang pastinye kali ini aku tgk jelah org bersihkan umah..dah confirm amk mentua aku xbagi buat....aku kan special kes..hheheh(alasan nak ngelat nie)

Friday, March 21, 2008

selamat hari lahir

ok..entry kali ini aku nak ucapkan hepi besday kat kawan uitm kak sue...dia menyambut hari lahirnye yang ke 29 thun pada 19/03/08...hepi belated besday kak sue..sorry ler..angah xpandai nak wat entry mcam kama tue....next year la no...nie pun baru sempat nak update blog..bz skit la minggu nie...anyway..angah ucapkan epi besday.....semoga kak sue panjang umur..dan dimurahkan rejeki...rejeki duit nagn rejeki menimang cahaya mata.....sayang kak sue...muah...
satu lagi aku nak wish untuk ibu mertuaku yang pada firasat aku ibu mertua aku la,ibu mertua yang the best in the world....mak mertua aku menyambut hari lahirnye yang ke???? pada 18/03/08 ari tue....sempatla wish.....hadiah nanti dulu yak mak.......mekasih mak..sebab layan cek macam mak layan anak mak..cek xterasa pun duk umah orang, bila duk umah mak.....thanks a lot....sayang mak...muah....heheheheh(biasalah nak bodek)

Tuesday, March 18, 2008

jumpa kawan lama

semalam masa tengah beli makanan utk makan tengahari..tetiba aku terpandangkan wajah seorang mamat nie....macam kenal ler...mukanya fimiliar sangat....teringat kat kawan sekolah masa kat sekolah menengah dulu.....ala..mungkin silap org kot..malas nak tegur..nanti silap..aku gak yang malu...tetiba mamat tue mungkin perasan aku dok tgk muka dia kot...dia terus beralih..yang peliknyer...dia pun tergezut bila tgk muka aku....memang betul mamat tue kawan sekolah lama aku....aku heran dia buat aper kat cni..dia pun heran aku wat per kat cni...rupe-rupenye dia dah keje kat cni dah 5 tahun...aku jelah yang baru keje..baru sebulan setengah.....dia pun terkejut gak tgk aku,macam mana aku bleh sampai kat cni..aku katalah dah kawinkan kena la ikut husband...mamat nie dah kawin dah..dah 2 tahun kot kalau xsilap la..masa kenduri dia kau xpi pun..yelah bz berdating ngan hubby aku heheheheheeh
 
Header Image by Colorpiano Illustration